Pages

UJI MINDA




 UJI MINDA 


1) Badan saya besar , telinga saya pun besar
    tebu makanan kesukaan saya, siapa saya ?

2) Kepak saya berwarna-warni. Saya boleh terbang
    dan menghisap madu bunga, siapa saya ?

3) Badan saya berbelang hitam dan putih , berkaki empat
    dan suka makan tumbuhan, cuba teka siapa saya?

4) Badan saya panjang dan tidak berkaki,
     katak dan tikus ialah makanan kesukaan. Siapa saya ?

5) Saya berkaki dua,saya dipelihara oleh manusia
    Saya makan cacing dan nasi , siapa saya ?

6) Saya berkaki empat, telinga saya panjang dan 
    suka makan lobak merah. Siapa saya?

7) Saya berkaki dua dan ada paruh.Saya mempunyai kepak 
    dan boleh terbang. Siapakah saya?

8)  Saya tinggal di dalam air, bersisik dan bernafas 
     menggunakan insang.. saya tidak berkaki..Siapakah saya?

9)  Saya berkaki empat, badan berlendir dan saya tinggal
     di darat dan di dalam air. Siapa saya?

10) Saya berkaki empat. Saya sangat tinggi dan leher saya
      juga sangat panjang. Siapa saya?

11) Saya haiwan yang tidak berkaki, saya mempunyai   
      cengkerang dan hidup di celah-celah batu, siapa saya?

12) Badan saya licin, saya tidak berkaki dan hidup di dalam
      tanah. Siapakah saya?

13) Saya berkaki enam, saya mempunyai kepak dan boleh   
      menghasilkan madu.Siapa saya?

14) Saya hidup di dalam rumah, makanan kesukaan saya ialah   
      serangga.Saya menangkap serangga menggunakan lidah. 
      Siapa saya?

15) Saya haiwan liar dan hidup di dalam hutan.Saya makan daging 
      sahaja dan berkaki empat.Saya di gelar Raja Rimba. Siapa saya?

16) Saya sejenis serangga, saya bertelur.Anak-anak saya hidup 
      di dalam air dan dipanggil jejentik. Siapakah saya?
      
17) Saya sejenis haiwan peliharaan. Saya suka makan ikan dan  
      minum susu.Saya selalu mengiau. Siapa saya? 

18) Saya bergayut di dinding gua.Saya boleh terbang dan suka  
      keluar di waktu malam untuk mencari makanan.Siapa saya?

19) Saya berkaki empat dan suka makan rumput. Saya boleh  
      membantu manusia membajak sawah.Siapa saya?

20) Saya berkaki empat dan hidup di padang pasir.Belakang saya  
      berbonggol dan boleh membawa barang-barang.Siapakah saya?
      


16 comments: